Friday, 5 August 2011

Jenis-Jenis Pencemaran


Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1. Pencemaran oleh Alam Semula Jadi (seperti semua orang tahu,setiap bencana itu adalah balasan ataupun ujian daripada Allah keatas hambanya..)
2. Pencemaran oleh Manusia
Pencemaran oleh Alam Semula Jadi berlaku apabila wujudnya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi, dan tsunami.
Letusan Gunung Berapi
Ribut Taufan
Tsunami
Gempa Bumi
Pencemaran alam semula jadi yang diakibatkan oleh Manusia ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.
Pencemaran Udara
  • Pembakaran sampah terbuka
  • Penyeburan racun serangga
  • Karbon monosida yang dilepaskan oleh ekzos kenderaan
  • Pembakaran hutan untuk tujuan perladangan
  • Asap dari kilang perindustrian seperti kilang-kilang asbestos/simen/bateri kereta
  • Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan
Pencemaran Air
  • Kumuhan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke sungai atau laut
  • Aktiviti pertanian seperti penerokaan tanah akan menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendakan yang mencetekkan sungai dan mengeruhkan air sungai.
  • Tumpahan minyak dari kapal
  • Bahan pencuci pinggan-mangkuk seperti detergen
  • Sikap manusia yang membuang sampah, minyak dan najis ke sungai
Pencemaran Tanah
  • Masyarakat - Pembuangan Sampah merata-rata tempat dan perlupusan yang tidak sistematik
  • Bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah )

No comments:

Post a Comment

lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...